Tuesday, June 14, 2016

Creamy Mac and Cheese

Bahan-Bahan:
200 g Makaroni
1 tin Herb and Cheese Prego Sauce
10 Udang Saiz XL disiang butterfly shape
5 Cendawan Shitake dihiris-hiris
250 ml Low Fat Milk
5 Tomato Ceri
10 Kupang (Mussels)
3 Cheddar Cheese Slice
Limau Kasturi (untuk hilangkan hanyir kupang)
Lada Sulah
Garam
Mixed Herbs
Daun Parsley
Cajun seasoning
Minyak Zaitun

bahan shortcut, hahaha


Cara-Cara:
1. Rebus Makaroni dengan sedikit garam dan sesudu minyak zaitun. bila masak, toskan.
2. Rebus kupang yang telah dicuci dengan limau kasturi untuk hilangkan hanyir. Air sekadar tenggelam kupang tu. Tambah sedikit garam. padamkan api bila kupang semua terbuka. Asingkan isi dari kulit.
3. Tumis udang, cendawan shitake dan isi kupang dengan minyak zaitun.
4. Bila udang dah perang, masukkan sos Prego. Kalau nak berkuah lebih, tambahkan sedikit air dalam tin Prego tu dan tuang.
5. Masukkan susu, lada sulah, garam dan mixed herbs. Masukkan Makaroni dan kacau.
6. Bila menggelegak, masukkan cheddar cheese slice. Kacau.
7. Bila cheddar cheese slice tu cair, masukkan tomato ceri yang telah dibelah dua. tutup api dan hidangkan dengan daun parsley dan cajun seasoning.

Nota:
1. Kalau guna 200g makaroni dan 1 tin Prego Sauce tu cukup untuk 4 orang makan.
2. Kupang perlu dicuci betul-betul. Untuk hilangkan rasa berpasir, rendam dalam air selama 10 minit. Untuk hilangkan hanyir, cuci dengan limau kasturi.
3. Tomato ceri ni perlu sebab nak hilangkan rasa muak makan mac n cheese yang amat berkrim ni. kalau tak nak berkrim sangat jangan masukkan susu. cukup sos prego tu je.

oh sedapnya!

Sunday, July 12, 2015

Serawa Durian: lemak berkrim disukai ramai

Bahan-bahan:
Dua biji durian
Garam
2 ketul Gula melaka
Sekotak kecil santan

Cara-cara:
1. Panaskan santan
2. Masukkan separuh sudu kecil garam dan gula melaka. Kacau sentiasa.
3. Masukkan durian dengan biji. Kacau.
4. Tutup api apabila isi durian telah sebati dgn santan sehingga pekat.  

Nota:
Boleh dicicah dgn roti atau makan dgn pulut. 
Jika ada daun pandan, boleh masukkan utk wangi.
Kurangkan gula melaka kalau kurang gemar manis.  

Friday, July 10, 2015

Singgang sotong, senangnya alahai..

Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
3 batang serai
3 biji cili padi
Seinci lengkuas
5 ekor sotong sederhana
Garam
Air
Secukup Rasa maggi

Cara-cara:
1. Tumbuk bawang putih, lengkuas dan cili padi. Masukkan dalam air. Panaskan.
2. Hiris bawang merah kepada 8 bahagian. Masukkan dalam air.  
3. Ketuk serai dan masukkan.
4. Apabila air menggelegak, masukkan sotong dan garam serta Secukup rasa. Apabila sotong masak, tutup api. Hidangkan.

Nota:
Boleh masukkan sos tiram untuk menambah rasa.
Jika tidak suka pedas, gantikan cili padi dengan sedikit lada hitam. 

Selamat mencuba!  


Monday, June 22, 2015

Sambal Ketuk-Ketuk Ramadhan


Bahan-bahan:
Segenggam bilis
Segenggam lada jarum
Secubit garam
Sesudu minyak zaitun

Cara-cara:
  1. Goreng bilis sehingga rangup
  2. Tumbuk lada jarum sehingga lumat.
  3. Masukkan bilis goreng dan tumbuk hingga sebati
  4. Masukkan garam dan minyak zaitun. Sebatikan.
Nota:
  • Jika mahu tahan lama, panaskan minyak zaitun dalam kuali dan masukkan bilis dan lada jarum yang telah ditumbuk. Tumis hingga pecah minyak.
  • Bagi yang suka masam-masam, sebelum hidang perah limau nipis untuk rasa yg lebih kick!
  • Makan bersama nasi putih panas-panas. Insya Allah, nikmatnya hanya Dia sahaja yang tahu!
Selamat mencuba!

Thursday, July 10, 2014

Tahi Itik - manis manisnya

Bahan-Bahan:
4 biji telur gred A
setengah tin susu manis
setengah sudu esen vanila
setengah sudu pewarna kuning telur
2 sudu besar gula
garam secubit.
setin setengah air
daun pandan 2 helai


Cara-cara:
  1. pecahkan telur dan kacau supaya kuning dan putih telur bercampur. asingkan sebagai bahan A.
  2. campur susu manis dengan setin air. kacau. asingkan sebagai bahan B.
  3. sebatikan bahan-bahan A dan B atas api kecil. campur daun pandan. letak esen, pewarna dan secubit garam. tambah setengah tin air. kacau jarang-jarang untuk bolehkan berketul-ketul.
  4. bila sudah nampak berketul-ketul, tambah gula. besarkan api. kacau sedikit kerap untuk elak hangit.
  5. bila air dah kering, tutup api.

Nota:
  • jika suka manis, boleh tambah lagi portion gula. tapi tak digalakkan.
  • untuk lagi sedap, sila simpan dalam peti sejuk. sebab tahi itik mudah basi kalau tinggal di luar.
  • kalau tak mau guna susu manis, boleh gunakan susu cair satu tin.  tapi kena reduce air jadi setin je la.
  • enak dimakan di bulan puasa, hehe

Monday, October 7, 2013

Kuah Singgang Ikang (Melenggang)

Eh. sukati letak tajuk. hehehe



Bahan A:
1 cm kunyit hidup dihiris halus/ditumbuk
1 cm lengkuas dihiris halus/ditumbuk
3 biji bawang putih dihiris
setengah susu teh kunyit debu

Bahan B:
2 ketul Ikan aya/ikan selayang
2 asam keping
garam secukupnya
Air

5 tangkai cili padi diketuk

Cara Memasak:
  1. Panaskan air  sampai menggelegak dan masukkan bahan A
  2. Tambah garam secukupnya bersama asam keping
  3. Masukkan ikan dan jerang sehingga rasa ikan itu sekata. Tutup api.
  4. Jika suka pedas masukkan cili padi.

Nota:
  • Sesetengah orang suka pedas, so masukkan cili sebelum hidang. that way, pedas dia terasa. kalau masukkan masa kuah masih di atas api, cili dia layu dan rasa pedas tu kurang kick.
  • Lengkuas sangat penting kalau nak masak kuah singgang sebab ia yg beri rasa singgang tu. macam tadi, ida termasuk kiub ayam sebab ingatkan kiub bilis (konon nak bagi lagi rasa ikan). amek ko, terus off rasanya, dah tak singgang mana dah. so nk cover balik, ida tambah lagi lengkuas. ok. rasa dia ok balik. phew!
  • Singgang biasanya kena masam-masam sikit, so sebab tu ada asam keping. sesetengah orang letak buah belimbing buluh sebab buah tu pun mmg memasamkan masakan
  • Kuah ni biasa orang geng dengan ayam/sotong/udang/ikan goreng masak pedas. fuh. fevret adik-adik ni, lebih-lebih lagi dengan sotong masak pedas. nasi seperiuk pun tak cukup.
  • Orang yang tengah nk turunkan berat badan sila makan ni dengan segenggam nasi ye. my sister dulu membesar (cekeding) sebab dia tak makan gulai (macam ida) tapi dia hari2 nk hirup dan hadap kuah singgang je. true story. heh.
  • cili boleh letak setangkai dua masa menggelegak tu kalu mau. budak2 still boleh makan. tapi cara yg hardcore buat, makan nasi kuah singgang sambil berulamkan cili padi. pergh. macam orang Arab makan cili hijau buat ulam nasi beriani depa.
  • jarang orang suka ratah ikan singgang. cara berjimat, lepas siap kuah, keluarkan ikan tu dan goreng dalam minyak panas. jamin garing dan licin. cuma pastikan yang minyak menggoreng tu betul2 panas dan kita da masukkan asam keping dalamnya untuk mengelakkan minyak menembak-nembak ke arah kita masa ikan dimasukkan. nak selamat lagi, toskan lagi awal ikan tu sebelum goreng. nak lagi selamat, simpan dulu ikan yang ditos tu dalam peti sejuk semalaman, bagi garam dari singgang tu betul2 meresap. esok baru goreng.

buah belimbing buluh ni ubat darah tinggi tau. nak kurus kan badan pun bleh.

Sunday, October 6, 2013

Gulai Telur Itik Masak Lomak Cili Padi: Jimat Berbelanja, makan Nasi Bertambah!

 l



Bahan A
  • 2 batang Serai
  • 3 ulas Bawang Merah 
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi hijau
  •  2 cm kunyit hidup
  • secawan air
 Bahan B
  • 2 keping asam keping
  • secukup rasa (optional)
  • sekotak santan 200 ml
  • 1/2 sudu teh serbuk kari (optional)
  • 5 biji telur itik
  • sehelai daun kunyit dicarik-carik (optional)
  • 2 keping ikan masin yang dipotong kecil-kecil (optional)
  • garam secukupnya
  • sesudu teh serbuk kunyit (optional)
  • setengah cawan kiub nenas (optional)

Cara-cara memasak:

  1. Blend bahan A.
  2. Panaskan santan dalam periuk bersama bahan blend.
  3. Tambah secukup rasa, serbuk kari dan asam keping dan kacau. Jika kurang kuning boleh masukkan serbuk kunyit.
  4. Pecahkan telur ke dalam kuah bila telah menggelegak. 
  5. Terus kacau agar santan tak pecah minyak. Hati-hati agar telur membentuk cantik bulat.
  6. Masukkan ikan masin (yang telah dibasuh dan ditos untuk kurangkan masin) bersama nenas dan daun kunyit.
  7. Jika gulai masih kurang masin, boleh masukkan garam. Tutup api bila rasanya sudah sekata.

Nota:
  • Saya suka pedas, sebab tu sampai 10 tangkai cili padi. Jimat sebab tak payah bikin belacan pedas lagi buat sajian iringan. Jika Tuan/Puan tak suka pedas, boleh kurangkan cili yang diblend lepas tu kalau terasa nk pedas lagi bleh tumbuk cili padi tu berasingan dan tambah lah ke dalam kuah yang dah siap ikut tahap kepedasan yang mampu, momantai.
  • Jika mahu lemak berkrim, kurangkan air dan lebihkan santan. tapi kena rajin kacau sebab tak nak santan pecah minyak
  • Saya suka lebihkan kuah sebab dalam seminggu takde masalah makan lauk yang sama 2 kali. So second time makan tu cuma panaskan kuah dari fridge dan tambah telur itik baru. Jimat.  
  • Sebenarnya saya masih belajar adjust berapa banyak bawang untuk sekian-sekian banyak santan. So pernah masukkan 2 ulas bawang merah je, adik saya komplen rasa kurang rempah. Saya ni jenis tak particular sangat, bila rasa gulai itik tu, iyolah tu, jangan banyak songeh gitu. so kalau Tuan/Puan nak tambah lagi bilangan bawang merah pun boleh, saya cukup dengan 3 ulas je untuk sajian santan sekotak. Tapi saya suka serai, so of course 2 batang atau lebih untuk blend. 
  • Before blend kunyit kena hiris-hiris sebab bila blend kadang-kadang dia tak terblend - seketul sekali masuk dalam santan. Saya jarang tambah kunyit debu, sebab suka au naturel.
  • Kalau Tuan/Puan memilih untuk masukkan ikan masin, make sure basuh dulu dan tos sebab tak nak masin ikan tu offset rasa gulai. nanti kang terlebih masin plak. sebab tu saya biasanya letak garam kemudian so that rasa ikan masin settle down dalam  gulai tu dulu. kalau rasa perlu sila tambah garam ikut kemahuan Tuan/Puan.
  • Sebab kita dah ada telur itik, ikan masin dan nenas, cuma perlu nasi panas-panas dan ulam raja je untuk complete our lunch/dinner dish. Selamat mencuba!
ini la Ulam Raja - the King's Salad yang datang melalui pedagang Sepanyol. Imported ok!