Monday, January 23, 2017

Baked Meatballs - Makan Sedap Owh


Bahan-Bahan:
  • 40 biji meatballs Marina
  • mashed potato powder secawan
  • full cream milk 200ml
  • lada hitam
  • 1/2 kiub ayam
  • sos tiram
  • Prego Carbonara sauce
  • cheddar cheese
  • parsley flakes
  • 1 tsp mixed herbs
  • garam secukupnya
  • 1 sudu butter
  • cendawan butang dihiris 1/2 tin
  • 1/2 capsicum hijau didadu kecil
  • 1/2 bawang holland didadu kecil

Cara-cara:
  1. Cairkan 1 sudu butter dalam kuali. masukkan meatballs. tambah air sehingga hapus separuh meatballs.
  2. tambah sos tiram dan lada hitam secukupnya.
  3. masukkan bawang holland dan kacau.
  4. apabila air kering dan meatballs kekuningan, tutup api dan angkat.
  5. dalam kuali berasingan, masukkan sos Carbonara. campurkan fresh milk 100 ml dan sesudu kecil mixed herbs.
  6. tambahkan kiub ayam, garam dan lada hitam. 
  7. masukkan hirisan cendawan butang dan kacau sehingga pekat. tutup api.
  8. dalam mangkuk adunan, campurkan mashed potato powder dengan fresh milk 100 ml dan air panas. tambah sedikit garam dan lada hitam jika mahu. kacau rata.
  9. masukkan meatballs dalam foil. tabur capsicum secukupnya. 
  10. letak lapisan mashed potato. kemudian lapiskan dengan sos Carbonara. tabur cheese dan parsley flakes.
  11. bakar dalam oven selama 18-20 minit atau bila cheese garing.
  12. hidangkan!

Nota:
  • jika tiada mashed potato powder, boleh gantikan dengan kentang rebus yang dibelah 4 dan masukkan sebelum lapisan Sos Carbonara.
  • jenama meatballs yang sedap: Marina atau Arzmy. mahal tapi berbaloi.
  • kalau nak gantikan butter dengan minyak zaitun pun boleh.
 Selamat mencuba :)