Tuesday, June 28, 2016

Nekbat Terengganu: juadah berbuka



Bahan-bahan:
Nekbat mentah
Gula
Esen vanila (optional)
2 helai Daun Pandan
Air

Cara-cara:

1. Panaskan air sehingga menggelegak. Masukkan gula, daun pandan dan sedikit esen vanila. Sesudu gula bersamaan sebiji nekbat.
2. Apabila gula larut, masukkan nekbat. Bila nekbat kembang, masukkan sedikit air jika mahu berkuah. Tutup api bila air menggelegak.

Nota:
1. Saiz nekbat mentah biasanya 2 ruas ibu jari. Bersamaan dengan 1 sudu gula. Jika mahu lebih manis boleh tambahkan gula lagi.
2. Nekbat mentah boleh didapati di Pasar Kedai Payang Terengganu, Pasar Binjai Kemaman (masa bulan puasa) dan Gerai Kuih Gong Kapas (boleh try cari)
3. Masukkan dalam peti ais selepas masak untuk rasa sedap yang maksimum.

nekbat mentah

Monday, June 20, 2016

Popia Sayur: Mudah lagi Sedap!



Bahan-Bahan:
5 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar minyak zaitun untuk menumis
Minyak untuk menggoreng popia
3 biji telur
3 sudu besar bawang kisar
semangkuk isi ayam dicincang
garam
gula
1 sudu besar sos tiram
1 biji sengkuang sederhana diparut panjang
2 batang lobak diparut panjang
5 biji cili padi dihiris
50 keping kulit popia

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang kisar sehingga kuning.
2. Masukkan isi ayam yang telah dicincang. Tambah garam, gula dan sos tiram.
3. Bila ayam dah masak, tambah 2 biji telur. Kacau.
4. Masukkan sengkuang, lobak dan cili padi. Ratakan.
5. Bila sayur dah sedikit layu, tutup api dan biarkan sejuk.
6.  Pecahkan telur dan kacau dalam mangkuk. Gunakan ni sebagai gam masa lipat popia.
7. Bila inti da sejuk, boleh lipat popia seperti rajah di bawah.


8. Popia yang telah dilipat dan digam dengan telur bolehlah digoreng sehingga kekuningan.

Nota:
1. Boleh gantikan ayam dengan udang sederhana jika mahu.
2. Taugeh dan kubis yang dihiris boleh juga ditambah jika mahu.
3. Ada juga yang gunakan tepung yang dilikatkan dengan air sebagai gam.
4. Kalau suka pedas boleh tambah lada sulah secukup rasa.
5. Pastikan popia digam dengan elok supaya tak terburai inti semasa digoreng nanti.


Tuesday, June 14, 2016

Creamy Mac and Cheese

Bahan-Bahan:
200 g Makaroni
1 tin Herb and Cheese Prego Sauce
10 Udang Saiz XL disiang butterfly shape
5 Cendawan Shitake dihiris-hiris
250 ml Low Fat Milk
5 Tomato Ceri
10 Kupang (Mussels)
3 Cheddar Cheese Slice
Limau Kasturi (untuk hilangkan hanyir kupang)
Lada Sulah
Garam
Mixed Herbs
Daun Parsley
Cajun seasoning
Minyak Zaitun

bahan shortcut, hahaha


Cara-Cara:
1. Rebus Makaroni dengan sedikit garam dan sesudu minyak zaitun. bila masak, toskan.
2. Rebus kupang yang telah dicuci dengan limau kasturi untuk hilangkan hanyir. Air sekadar tenggelam kupang tu. Tambah sedikit garam. padamkan api bila kupang semua terbuka. Asingkan isi dari kulit.
3. Tumis udang, cendawan shitake dan isi kupang dengan minyak zaitun.
4. Bila udang dah perang, masukkan sos Prego. Kalau nak berkuah lebih, tambahkan sedikit air dalam tin Prego tu dan tuang.
5. Masukkan susu, lada sulah, garam dan mixed herbs. Masukkan Makaroni dan kacau.
6. Bila menggelegak, masukkan cheddar cheese slice. Kacau.
7. Bila cheddar cheese slice tu cair, masukkan tomato ceri yang telah dibelah dua. tutup api dan hidangkan dengan daun parsley dan cajun seasoning.

Nota:
1. Kalau guna 200g makaroni dan 1 tin Prego Sauce tu cukup untuk 4 orang makan.
2. Kupang perlu dicuci betul-betul. Untuk hilangkan rasa berpasir, rendam dalam air selama 10 minit. Untuk hilangkan hanyir, cuci dengan limau kasturi.
3. Tomato ceri ni perlu sebab nak hilangkan rasa muak makan mac n cheese yang amat berkrim ni. kalau tak nak berkrim sangat jangan masukkan susu. cukup sos prego tu je.

oh sedapnya!