Tuesday, December 27, 2016

Meatballs Sos Lada Hitam - Nikmat Atas Dunia!


Bahan-Bahan:
4 sudu buttercup
20 biji meatballs (jenama Azmy dan Marina best!)
3 sudu sos tiram
3 sudu lada hitam kisar kasar
200 ml susu segar
2 sudu tepung gandum
3 biji cendawan butang dicincang halus
1/2 biji bawang holland dicincang halus
1/2 kiub ayam
1 sudu kicap

½ sudu mixed herbs secukupnya 
1/2 batang lobak
brokoli
2 biji kentang sederhana besar direbus

Cara-cara:
1. Defrost meatballs dulu.
2. Cairkan 1 ½  sudu butter dalam kuali.
3. Masukkan meatballs dan tambah air sehingga meatballs separuh tenggelam.
4. Tambah 1 sudu sos tiram dan 1 sudu lada hitam.
5. Kacau. Tutup api bila air kering dan meatballs nampak keemasan (caramelized).
6. Dalam kuali yang lain, cairkan 2 ½ sudu butter.
7. Tumis bawang sampai layu.
8. Masukkan 2 sudu lada hitam. jika suka pedas, boleh tambah lagi semahumu.
9. Masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sehingga sebati.
10. Tambah 2 sudu sos tiram, kicap dan kiub ayam.
11. Masukkan cendawan butang yang telah dicincang.
12. Masukkan mixed herbs dan kacau.
13. Setelah sos pekat, tutup api.
14. Potong lobak dan brokoli hampir sama besar.
15. Stimkan lobak dan brokoli sehingga hampir layu.

16. Potong kentang rebus kepada 6 bahagian.
17. Hidangkan.

Nota:
1. Bawang yang ditumis pastikan tidak terlalu garing kerana nanti akan sebabkan kuah rasa pahit sikit.
2. sekiranya suka sos cair, boleh tambah sedikit air. jika suka lagi pekat, tambah sedikit tepung jagung yang telah dilarutkan.
3. kalau nak guna kuali yang sama bagi meatballs untuk masak sos pun boleh sebab base dia sama je.
4. saya guna microwave untuk stim sayur. pastikan masukkan sayur tu bersama sedikit air ke dalam microwave selama 2 minit agar sayur jadi crunchy.
5. kentang boleh distim guna microwave selama 5 minit. masukkan sedikit air sehingga tenggelam separuh kentang tu supaya dia tak kering.
6. kalau nak sayur tu tak rasa tawar, boleh tabur Ajishio atau serbuk perasa.

Bon Apetit!

Monday, November 14, 2016

Bubur Nasi: Simple Tapi Lamanya Mak Aih Nak Tunggu Masak!



Bahan-bahan:
1 cawan beras
1 dada ayam didadu
3 biji bawang putih dicincang
1 kiub ayam
1/2 batang lobak didadu
2 helai daun bawang dihiris
segenggam kubis bunga dan brokoli didadu
garam secukupnya
1 sudu sos tiram
1 sudu minyak

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih hingga garing.
2. Masukkan ayam yang telah didadu. Campur sos tiram dan kiub ayam.
3. Tambah air dan tunggu hingga mendidih.
4. Asingkan ayam yang telah masuk dari air rebusan.
5. Masukkan beras dalam air rebusan. Tambah air dari semasa ke semasa.
6. Apabila beras dah menjadi bubur, masukkan ayam rebus, brokoli, kubis bunga dan lobak.
7. Tambah air dan reneh sehingga mencapai kepekatan bubur yang diingini. Campur daun bawang.
8. Angkat dan hidangkan.

Nota:
1. Agak penat jugak nak tambah air banyak kali. Untuk mudah, guna periuk besar dan tambah air banyak-banyak, hehe
2. Boleh tambah hirisan halia yang besar separuh ibu jari semasa menumis bawang putih. Kalau takde pun takpe.
3. Hidangkan dengan sambal cili atau sambal hitam Pahang yang pedasnya mak aiii. Pasti kick!
4. Kalau nak bubur lagi cepat masak, boleh short cut dengan blend bila beras dah lembut. Not recommended though, it can be very messy..

Bon Apetit =)

Saturday, November 12, 2016

Kerabu Mangga membangkit selera!

Bahan-bahan:
4 biji bawang merah dihiris
4 biji mangga putik
4 sudu kacang tanah digoreng tanpa minyak
3 sudu udang kering
2 ulas bawang putih dihiris hancur
2 sudu minyak
3 sudu cuka
1 biji limau nipis diperah
5 biji cili padi dihiris
2 sudu sos ikan
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Bila garing, angkat dan tumbuk sederhana hancur bersama udang kering.
2. Goreng bawang putih sehingga garing dalam minyak. Asingkan dari minyak.
3. Parut mangga putik dan gaul dengan cili padi dan bawang merah yang telah dihiris.
4. Campurkan dengan bahan yang ditumbuk dan bawang putih goreng.
5. Tambah perahan limau nipis dan cuka.
 6. Perasakan dengan garam dan gula.

Nota:
1. Boleh tambah tomato hiris untuk rasa lebih masam
2. Hirisan daun ketumbar juga boleh menambah rasa Thai pada kerabu
3. Tumbuk kacang jangan terlampau hancur. Ala-ala crunchy ok lah.
4. Mangga jangan pilih yang lembik. Kalau tekan-tekan masih anjal itu cun nak buat kerabu.
5. Nak bagi cantik lagi boleh tambah lobak parut dalam setengah batang gitu.

Bon apetit!

Tuesday, June 28, 2016

Nekbat Terengganu: juadah berbuka



Bahan-bahan:
Nekbat mentah
Gula
Esen vanila (optional)
2 helai Daun Pandan
Air

Cara-cara:

1. Panaskan air sehingga menggelegak. Masukkan gula, daun pandan dan sedikit esen vanila. Sesudu gula bersamaan sebiji nekbat.
2. Apabila gula larut, masukkan nekbat. Bila nekbat kembang, masukkan sedikit air jika mahu berkuah. Tutup api bila air menggelegak.

Nota:
1. Saiz nekbat mentah biasanya 2 ruas ibu jari. Bersamaan dengan 1 sudu gula. Jika mahu lebih manis boleh tambahkan gula lagi.
2. Nekbat mentah boleh didapati di Pasar Kedai Payang Terengganu, Pasar Binjai Kemaman (masa bulan puasa) dan Gerai Kuih Gong Kapas (boleh try cari)
3. Masukkan dalam peti ais selepas masak untuk rasa sedap yang maksimum.

nekbat mentah

Monday, June 20, 2016

Popia Sayur: Mudah lagi Sedap!



Bahan-Bahan:
5 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar minyak zaitun untuk menumis
Minyak untuk menggoreng popia
3 biji telur
3 sudu besar bawang kisar
semangkuk isi ayam dicincang
garam
gula
1 sudu besar sos tiram
1 biji sengkuang sederhana diparut panjang
2 batang lobak diparut panjang
5 biji cili padi dihiris
50 keping kulit popia

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang kisar sehingga kuning.
2. Masukkan isi ayam yang telah dicincang. Tambah garam, gula dan sos tiram.
3. Bila ayam dah masak, tambah 2 biji telur. Kacau.
4. Masukkan sengkuang, lobak dan cili padi. Ratakan.
5. Bila sayur dah sedikit layu, tutup api dan biarkan sejuk.
6.  Pecahkan telur dan kacau dalam mangkuk. Gunakan ni sebagai gam masa lipat popia.
7. Bila inti da sejuk, boleh lipat popia seperti rajah di bawah.


8. Popia yang telah dilipat dan digam dengan telur bolehlah digoreng sehingga kekuningan.

Nota:
1. Boleh gantikan ayam dengan udang sederhana jika mahu.
2. Taugeh dan kubis yang dihiris boleh juga ditambah jika mahu.
3. Ada juga yang gunakan tepung yang dilikatkan dengan air sebagai gam.
4. Kalau suka pedas boleh tambah lada sulah secukup rasa.
5. Pastikan popia digam dengan elok supaya tak terburai inti semasa digoreng nanti.


Tuesday, June 14, 2016

Creamy Mac and Cheese

Bahan-Bahan:
200 g Makaroni
1 tin Herb and Cheese Prego Sauce
10 Udang Saiz XL disiang butterfly shape
5 Cendawan Shitake dihiris-hiris
250 ml Low Fat Milk
5 Tomato Ceri
10 Kupang (Mussels)
3 Cheddar Cheese Slice
Limau Kasturi (untuk hilangkan hanyir kupang)
Lada Sulah
Garam
Mixed Herbs
Daun Parsley
Cajun seasoning
Minyak Zaitun

bahan shortcut, hahaha


Cara-Cara:
1. Rebus Makaroni dengan sedikit garam dan sesudu minyak zaitun. bila masak, toskan.
2. Rebus kupang yang telah dicuci dengan limau kasturi untuk hilangkan hanyir. Air sekadar tenggelam kupang tu. Tambah sedikit garam. padamkan api bila kupang semua terbuka. Asingkan isi dari kulit.
3. Tumis udang, cendawan shitake dan isi kupang dengan minyak zaitun.
4. Bila udang dah perang, masukkan sos Prego. Kalau nak berkuah lebih, tambahkan sedikit air dalam tin Prego tu dan tuang.
5. Masukkan susu, lada sulah, garam dan mixed herbs. Masukkan Makaroni dan kacau.
6. Bila menggelegak, masukkan cheddar cheese slice. Kacau.
7. Bila cheddar cheese slice tu cair, masukkan tomato ceri yang telah dibelah dua. tutup api dan hidangkan dengan daun parsley dan cajun seasoning.

Nota:
1. Kalau guna 200g makaroni dan 1 tin Prego Sauce tu cukup untuk 4 orang makan.
2. Kupang perlu dicuci betul-betul. Untuk hilangkan rasa berpasir, rendam dalam air selama 10 minit. Untuk hilangkan hanyir, cuci dengan limau kasturi.
3. Tomato ceri ni perlu sebab nak hilangkan rasa muak makan mac n cheese yang amat berkrim ni. kalau tak nak berkrim sangat jangan masukkan susu. cukup sos prego tu je.

oh sedapnya!