Bahan A:
1 cm kunyit hidup dihiris halus/ditumbuk
1 cm lengkuas dihiris halus/ditumbuk
3 biji bawang putih dihiris
setengah susu teh kunyit debu
Bahan B:
2 ketul Ikan aya/ikan selayang
2 asam keping
garam secukupnya
Air
5 tangkai cili padi diketuk
Cara Memasak:
- Panaskan air sampai menggelegak dan masukkan bahan A
- Tambah garam secukupnya bersama asam keping
- Masukkan ikan dan jerang sehingga rasa ikan itu sekata. Tutup api.
- Jika suka pedas masukkan cili padi.
Nota:
- Sesetengah orang suka pedas, so masukkan cili sebelum hidang. that way, pedas dia terasa. kalau masukkan masa kuah masih di atas api, cili dia layu dan rasa pedas tu kurang kick.
- Lengkuas sangat penting kalau nak masak kuah singgang sebab ia yg beri rasa singgang tu. macam tadi, ida termasuk kiub ayam sebab ingatkan kiub bilis (konon nak bagi lagi rasa ikan). amek ko, terus off rasanya, dah tak singgang mana dah. so nk cover balik, ida tambah lagi lengkuas. ok. rasa dia ok balik. phew!
- Singgang biasanya kena masam-masam sikit, so sebab tu ada asam keping. sesetengah orang letak buah belimbing buluh sebab buah tu pun mmg memasamkan masakan
- Kuah ni biasa orang geng dengan ayam/sotong/udang/ikan goreng masak pedas. fuh. fevret adik-adik ni, lebih-lebih lagi dengan sotong masak pedas. nasi seperiuk pun tak cukup.
- Orang yang tengah nk turunkan berat badan sila makan ni dengan segenggam nasi ye. my sister dulu membesar (cekeding) sebab dia tak makan gulai (macam ida) tapi dia hari2 nk hirup dan hadap kuah singgang je. true story. heh.
- cili boleh letak setangkai dua masa menggelegak tu kalu mau. budak2 still boleh makan. tapi cara yg hardcore buat, makan nasi kuah singgang sambil berulamkan cili padi. pergh. macam orang Arab makan cili hijau buat ulam nasi beriani depa.
- jarang orang suka ratah ikan singgang. cara berjimat, lepas siap kuah, keluarkan ikan tu dan goreng dalam minyak panas. jamin garing dan licin. cuma pastikan yang minyak menggoreng tu betul2 panas dan kita da masukkan asam keping dalamnya untuk mengelakkan minyak menembak-nembak ke arah kita masa ikan dimasukkan. nak selamat lagi, toskan lagi awal ikan tu sebelum goreng. nak lagi selamat, simpan dulu ikan yang ditos tu dalam peti sejuk semalaman, bagi garam dari singgang tu betul2 meresap. esok baru goreng.
buah belimbing buluh ni ubat darah tinggi tau. nak kurus kan badan pun bleh.
No comments:
Post a Comment