Saturday, November 12, 2016
Kerabu Mangga membangkit selera!
4 biji bawang merah dihiris
4 biji mangga putik
4 sudu kacang tanah digoreng tanpa minyak
3 sudu udang kering
2 ulas bawang putih dihiris hancur
2 sudu minyak
3 sudu cuka
1 biji limau nipis diperah
5 biji cili padi dihiris
2 sudu sos ikan
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Bila garing, angkat dan tumbuk sederhana hancur bersama udang kering.
2. Goreng bawang putih sehingga garing dalam minyak. Asingkan dari minyak.
3. Parut mangga putik dan gaul dengan cili padi dan bawang merah yang telah dihiris.
4. Campurkan dengan bahan yang ditumbuk dan bawang putih goreng.
5. Tambah perahan limau nipis dan cuka.
6. Perasakan dengan garam dan gula.
Nota:
1. Boleh tambah tomato hiris untuk rasa lebih masam
2. Hirisan daun ketumbar juga boleh menambah rasa Thai pada kerabu
3. Tumbuk kacang jangan terlampau hancur. Ala-ala crunchy ok lah.
4. Mangga jangan pilih yang lembik. Kalau tekan-tekan masih anjal itu cun nak buat kerabu.
5. Nak bagi cantik lagi boleh tambah lobak parut dalam setengah batang gitu.
Bon apetit!
Tuesday, June 28, 2016
Nekbat Terengganu: juadah berbuka
Bahan-bahan:
Nekbat mentah
Gula
Esen vanila (optional)
2 helai Daun Pandan
Air
Cara-cara:
1. Panaskan air sehingga menggelegak. Masukkan gula, daun pandan dan sedikit esen vanila. Sesudu gula bersamaan sebiji nekbat.
2. Apabila gula larut, masukkan nekbat. Bila nekbat kembang, masukkan sedikit air jika mahu berkuah. Tutup api bila air menggelegak.
Nota:
1. Saiz nekbat mentah biasanya 2 ruas ibu jari. Bersamaan dengan 1 sudu gula. Jika mahu lebih manis boleh tambahkan gula lagi.
2. Nekbat mentah boleh didapati di Pasar Kedai Payang Terengganu, Pasar Binjai Kemaman (masa bulan puasa) dan Gerai Kuih Gong Kapas (boleh try cari)
3. Masukkan dalam peti ais selepas masak untuk rasa sedap yang maksimum.
![]() |
| nekbat mentah |
Monday, June 20, 2016
Popia Sayur: Mudah lagi Sedap!
Bahan-Bahan:
5 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar minyak zaitun untuk menumis
Minyak untuk menggoreng popia
3 biji telur
3 sudu besar bawang kisar
semangkuk isi ayam dicincang
garam
gula
1 sudu besar sos tiram
1 biji sengkuang sederhana diparut panjang
2 batang lobak diparut panjang
5 biji cili padi dihiris
50 keping kulit popia
Cara-cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang kisar sehingga kuning.
2. Masukkan isi ayam yang telah dicincang. Tambah garam, gula dan sos tiram.
3. Bila ayam dah masak, tambah 2 biji telur. Kacau.
4. Masukkan sengkuang, lobak dan cili padi. Ratakan.
5. Bila sayur dah sedikit layu, tutup api dan biarkan sejuk.
6. Pecahkan telur dan kacau dalam mangkuk. Gunakan ni sebagai gam masa lipat popia.
7. Bila inti da sejuk, boleh lipat popia seperti rajah di bawah.
8. Popia yang telah dilipat dan digam dengan telur bolehlah digoreng sehingga kekuningan.
Nota:
1. Boleh gantikan ayam dengan udang sederhana jika mahu.
2. Taugeh dan kubis yang dihiris boleh juga ditambah jika mahu.
3. Ada juga yang gunakan tepung yang dilikatkan dengan air sebagai gam.
4. Kalau suka pedas boleh tambah lada sulah secukup rasa.
5. Pastikan popia digam dengan elok supaya tak terburai inti semasa digoreng nanti.
Tuesday, June 14, 2016
Creamy Mac and Cheese
200 g Makaroni
1 tin Herb and Cheese Prego Sauce
10 Udang Saiz XL disiang butterfly shape
5 Cendawan Shitake dihiris-hiris
250 ml Low Fat Milk
5 Tomato Ceri
10 Kupang (Mussels)
3 Cheddar Cheese Slice
Limau Kasturi (untuk hilangkan hanyir kupang)
Lada Sulah
Garam
Mixed Herbs
Daun Parsley
Cajun seasoning
Minyak Zaitun
![]() |
| bahan shortcut, hahaha |
Cara-Cara:
1. Rebus Makaroni dengan sedikit garam dan sesudu minyak zaitun. bila masak, toskan.
2. Rebus kupang yang telah dicuci dengan limau kasturi untuk hilangkan hanyir. Air sekadar tenggelam kupang tu. Tambah sedikit garam. padamkan api bila kupang semua terbuka. Asingkan isi dari kulit.
3. Tumis udang, cendawan shitake dan isi kupang dengan minyak zaitun.
4. Bila udang dah perang, masukkan sos Prego. Kalau nak berkuah lebih, tambahkan sedikit air dalam tin Prego tu dan tuang.
5. Masukkan susu, lada sulah, garam dan mixed herbs. Masukkan Makaroni dan kacau.
6. Bila menggelegak, masukkan cheddar cheese slice. Kacau.
7. Bila cheddar cheese slice tu cair, masukkan tomato ceri yang telah dibelah dua. tutup api dan hidangkan dengan daun parsley dan cajun seasoning.
Nota:
1. Kalau guna 200g makaroni dan 1 tin Prego Sauce tu cukup untuk 4 orang makan.
2. Kupang perlu dicuci betul-betul. Untuk hilangkan rasa berpasir, rendam dalam air selama 10 minit. Untuk hilangkan hanyir, cuci dengan limau kasturi.
3. Tomato ceri ni perlu sebab nak hilangkan rasa muak makan mac n cheese yang amat berkrim ni. kalau tak nak berkrim sangat jangan masukkan susu. cukup sos prego tu je.
![]() |
| oh sedapnya! |
Sunday, July 12, 2015
Serawa Durian: lemak berkrim disukai ramai
Bahan-bahan:
Dua biji durian
Garam
2 ketul Gula melaka
Sekotak kecil santan
Cara-cara:
1. Panaskan santan
2. Masukkan separuh sudu kecil garam dan gula melaka. Kacau sentiasa.
3. Masukkan durian dengan biji. Kacau.
4. Tutup api apabila isi durian telah sebati dgn santan sehingga pekat.
Nota:
Boleh dicicah dgn roti atau makan dgn pulut.
Jika ada daun pandan, boleh masukkan utk wangi.
Kurangkan gula melaka kalau kurang gemar manis.
Friday, July 10, 2015
Singgang sotong, senangnya alahai..
Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
3 batang serai
3 biji cili padi
Seinci lengkuas
5 ekor sotong sederhana
Garam
Air
Secukup Rasa maggi
Cara-cara:
1. Tumbuk bawang putih, lengkuas dan cili padi. Masukkan dalam air. Panaskan.
2. Hiris bawang merah kepada 8 bahagian. Masukkan dalam air.
3. Ketuk serai dan masukkan.
4. Apabila air menggelegak, masukkan sotong dan garam serta Secukup rasa. Apabila sotong masak, tutup api. Hidangkan.
Nota:
Boleh masukkan sos tiram untuk menambah rasa.
Jika tidak suka pedas, gantikan cili padi dengan sedikit lada hitam.
Selamat mencuba!
Monday, June 22, 2015
Sambal Ketuk-Ketuk Ramadhan
Bahan-bahan:
Segenggam bilis
Segenggam lada jarum
Secubit garam
Sesudu minyak zaitun
Cara-cara:
- Goreng bilis sehingga rangup
- Tumbuk lada jarum sehingga lumat.
- Masukkan bilis goreng dan tumbuk hingga sebati
- Masukkan garam dan minyak zaitun. Sebatikan.
- Jika mahu tahan lama, panaskan minyak zaitun dalam kuali dan masukkan bilis dan lada jarum yang telah ditumbuk. Tumis hingga pecah minyak.
- Bagi yang suka masam-masam, sebelum hidang perah limau nipis untuk rasa yg lebih kick!
- Makan bersama nasi putih panas-panas. Insya Allah, nikmatnya hanya Dia sahaja yang tahu!







