Monday, November 14, 2016

Bubur Nasi: Simple Tapi Lamanya Mak Aih Nak Tunggu Masak!



Bahan-bahan:
1 cawan beras
1 dada ayam didadu
3 biji bawang putih dicincang
1 kiub ayam
1/2 batang lobak didadu
2 helai daun bawang dihiris
segenggam kubis bunga dan brokoli didadu
garam secukupnya
1 sudu sos tiram
1 sudu minyak

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih hingga garing.
2. Masukkan ayam yang telah didadu. Campur sos tiram dan kiub ayam.
3. Tambah air dan tunggu hingga mendidih.
4. Asingkan ayam yang telah masuk dari air rebusan.
5. Masukkan beras dalam air rebusan. Tambah air dari semasa ke semasa.
6. Apabila beras dah menjadi bubur, masukkan ayam rebus, brokoli, kubis bunga dan lobak.
7. Tambah air dan reneh sehingga mencapai kepekatan bubur yang diingini. Campur daun bawang.
8. Angkat dan hidangkan.

Nota:
1. Agak penat jugak nak tambah air banyak kali. Untuk mudah, guna periuk besar dan tambah air banyak-banyak, hehe
2. Boleh tambah hirisan halia yang besar separuh ibu jari semasa menumis bawang putih. Kalau takde pun takpe.
3. Hidangkan dengan sambal cili atau sambal hitam Pahang yang pedasnya mak aiii. Pasti kick!
4. Kalau nak bubur lagi cepat masak, boleh short cut dengan blend bila beras dah lembut. Not recommended though, it can be very messy..

Bon Apetit =)

Saturday, November 12, 2016

Kerabu Mangga membangkit selera!

Bahan-bahan:
4 biji bawang merah dihiris
4 biji mangga putik
4 sudu kacang tanah digoreng tanpa minyak
3 sudu udang kering
2 ulas bawang putih dihiris hancur
2 sudu minyak
3 sudu cuka
1 biji limau nipis diperah
5 biji cili padi dihiris
2 sudu sos ikan
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Bila garing, angkat dan tumbuk sederhana hancur bersama udang kering.
2. Goreng bawang putih sehingga garing dalam minyak. Asingkan dari minyak.
3. Parut mangga putik dan gaul dengan cili padi dan bawang merah yang telah dihiris.
4. Campurkan dengan bahan yang ditumbuk dan bawang putih goreng.
5. Tambah perahan limau nipis dan cuka.
 6. Perasakan dengan garam dan gula.

Nota:
1. Boleh tambah tomato hiris untuk rasa lebih masam
2. Hirisan daun ketumbar juga boleh menambah rasa Thai pada kerabu
3. Tumbuk kacang jangan terlampau hancur. Ala-ala crunchy ok lah.
4. Mangga jangan pilih yang lembik. Kalau tekan-tekan masih anjal itu cun nak buat kerabu.
5. Nak bagi cantik lagi boleh tambah lobak parut dalam setengah batang gitu.

Bon apetit!