4 biji telur gred A
setengah tin susu manis
setengah sudu esen vanila
setengah sudu pewarna kuning telur
2 sudu besar gula
garam secubit.
setin setengah air
daun pandan 2 helai
Cara-cara:
- pecahkan telur dan kacau supaya kuning dan putih telur bercampur. asingkan sebagai bahan A.
- campur susu manis dengan setin air. kacau. asingkan sebagai bahan B.
- sebatikan bahan-bahan A dan B atas api kecil. campur daun pandan. letak esen, pewarna dan secubit garam. tambah setengah tin air. kacau jarang-jarang untuk bolehkan berketul-ketul.
- bila sudah nampak berketul-ketul, tambah gula. besarkan api. kacau sedikit kerap untuk elak hangit.
- bila air dah kering, tutup api.
Nota:
- jika suka manis, boleh tambah lagi portion gula. tapi tak digalakkan.
- untuk lagi sedap, sila simpan dalam peti sejuk. sebab tahi itik mudah basi kalau tinggal di luar.
- kalau tak mau guna susu manis, boleh gunakan susu cair satu tin. tapi kena reduce air jadi setin je la.
- enak dimakan di bulan puasa, hehe